Friday, 9 November 2012

ehh?? apasal xbasuh!!





aku dpt kisah nie dr www.facebook.com/iluvislam .. sesuai utk djadikan peringatan buat diri n family..
 
 
 
Sengaja saya menoleh ke arah kulit-kulit telur di dalam baldi yang dijadikan 'tong sampah'. Lelaki itu senyum..

"Telur-telur di sini, sebelum masak basuh dulu tak?" Saya bertanya, walaupun saya tahu apa jawapannya.

"Tidak..." Jawab lelaki itu. Jawapannya agak lambat
...

Dengan rasa sedikit tidak puas hati, saya pun katakan padanya..

"Maaf, sebagai umat islam dan 'memberi makan' kepada orang islam sepatutnya kulit telur perlu di basuh terlebih dahulu. Kalau tak basuh, seolah-olah bagi makan orang yang membeli kat sini 'makan perisa tambahan (najis ayam)"

Senyuman lelaki tersebut semakin tawar. Saya tengok kiri kanan, tiada siapa-siapa yang perasan. Dalam hati berniat, bukan nak malukan dia, tapi nak luahkan rasa sedikit kesal dengan kurangnya sensitiviti halal haram lebih-lebih lagi dalam bab makanan.

Dalam kereta saya bersoal jawab dalam hati;

"Rasa-rasanya berapa orang yang sentiasa peka dengan telur ayam ni? Walau telur itu halal, tapi berapa orang agaknya yang berhati-hati dengan 'cara' masaknya? Adakah terlebih dahulu kulit ayam di basuh atau main hentam sahaja...?"

Sahabat-sahabat semua, sama-sama kita saling ingat mengingatkan, pesan memesan... siapa2 yang ada kedai makan atau nak makan telur kat 'dapur luar' atau nak masak telur ayam sendiri, ingatlah.. basuhlah terlebih dulu~

Telur yang tak dibasuh, bila dipecahkan.. cecairnya akan meleleh ke telur sedangkan telur tu ada najis ayam yang kering. Bukankah makanan yang tersentuh/tercampur najis itu sudah di kira 'najis'?

Jika rasa msg ini tidak penting, diamkanlah. Jika rasa penting maka sebar-sebarkanlah..

xsalah klu kita basuh dulu telur tuuu sblm kita pecahkan.. xbuang masa pun coz ini berkait ngan kesihatan kita jgak...


dr pena addinfarhani...('',)