Thursday, 20 December 2012

TUN MAHATHIR DAN SHAH RUKH KHAN

(dipetik dr mStar online Sabtu Disember 15, 2012..)

dlm artikel itu ada menyebut yg Datik Shah Rukh Khan mengagumi cara dan falsafah Tun Mahathir membangunkan negara... beliau juga sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan... beliau berkata Tun Mahathir merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan utk berjumpa dgn beliau bbrp kali setahun.


"Falsafah yang dimiliki oleh beliau (Mahathir) amatlah luar biasa dan saya sering cuba mengikut cara dia berfikir dalam melakukan sesuatu perkara," kata SHAH RUKH KHAN kepada mStar Online.

Shah Rukh Khan turut menyanyikan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kpd Tun Mahathir yg turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.



Tun Mahathir yg menyambut hari lahirnya pd 10 julai yg lalu berkata, beliau gembira dgn kesudian aktor tersebut mhadiri majlis itu...

"Terima kasih Shah Rukh Khan kerana sanggup terbang dari London, England untuk bersama dengan saya.."
"Kalau nak tahu rahsia untuk kekal awet muda, kita kena sambut hari lahir dua kali setahun macam saya. Baru dapat hadiah banyak," selorohnya ketika memberikan ucapan.

Seramai 200 tetamu daripada kalangan orang kenamaan dan selebriti diundang ke majlis sambutan tersebut dan antara selebriti yang hadir ialah Umie Aida dan suami Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.



Penyanyi Amanda Imani dan Datuk Yusni Hamid menghiburkan tetamu dengan iringan muzik Datuk Mokhzani Ismail.

dr pena addinfarhani...('',)