Monday, 25 March 2013

khas untuk golongan darah B

meh kita nak citer ckit.. niat di hati utk berkongsi segala input berharga dgn sumer...

mlm nie aku bersemangat nak search kat mr.google about DIET, ulang skali lg; about D.I.E.T yer... jgn t'kezut, t'nganga or anything else... naper mlm nie tibe2 jer miss addinfarhani post about DIET?.. haha...

xdak sbb pun, cuma t'ingin nak jd mcm org len jer.. da sorg teman aku kata;
"x yah la diet2 nie, klu nak bg org nak kat kita, made him like us spt mana keadaan kita skrg... klu nak diet jgak, xyah pi telan pil segala bagai tuu, lebih baik kita kurgkan quantity mknn tuu n mkn ikut time... biar lambat janji badan sihat..."

so, cari punya cari t'jumpa artikel nie...

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
-Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
-Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
-Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
-Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


*apa yg aku nak simpulkan kat sini, utk kita2 yg berdarah B, kena krgkan pengambilan ayam n lebihkan sayur ijau...


dr pena addinfarhani...('',)