Friday, 31 January 2014

bangga jadi orang Malaysia

aku dah sampai umah..
haha.. raya cina kan?
mesti arr cuti...


hmm...
ada kelainan ckit balik rumah kali ni...
nak tahu apa bezanya?

hehe..
masih lg naik teksi+bas+jln kaki...
klu bab org ramai + bas xbyk tu normal lah...

nak tahu apa bezanya?
bezanya adalah sikap org kita...

meh aku story ckit...
spt biasa tepat jam 8.30pg,
teksi dah sedia menunggu di hdpn pintu pagar rumah sewa aku...
then smpai stesen bas dlm pkul 9pg, mcm tu laa...

dgn x bersarapan apa pun pg tu
aku, farah n tinsyu terus gi serbu kedai runcit...
farah n tinsyu gi beli mknn n minuman...
sementara aku plak dok tgk bas...

masa tu, bas nak ke alor setar dah tiba...
disebabkan line masih pjg,
aku buat derk je lah...
nak beratur, sure lmbat...

skali bila makcik jaga kedai runcit
tu bgtau yg bas xbyk hari ni,
mulalah kami kalut...

aku pi naik bas..
elok ja bayar tiket,
aku tgk tmpt dah penuh...
adalah satu dua tmpt yg kosong
but yg kosong tu sebelah je...
sebelah lg ada org n lelaki plak tu...

dlm hati aku dah merungut..
"kenapalah yg lelaki sorg ni xduduk ngan sorg lg lelaki kat belakang tuu?"

tiba2 ada sorg pakcik cina bangun,
lalu panggil aku n farah suruh duduk tmpt tu...
sementara dia plak pegi dok belakang...
 punyalah syok, kami terus gi duduk..
aku sempat says terima kasih kat pakcik tu...

bukan itu aja tau... ada lgi...
kali ni ada sorg aunty india...
dia xleh duduk since tmpt dah penuh..
ada sorg mamat melayu ni bagi tmpt duduk tu...
sementara dia plak berdiiri...

aku rasa dia mcm student..
mayb degree or master...
sbb aku tgk dia bw brg byk...
dgn fail lagi...

xlama lepas tuu,
aku tersedar ada sorg mamat melayu belakang aku
bangun n berdiri tepi aku...

since time tu aku tertidur,
aku xtau dekat siapa dia bg duduk...
aku rasa dia bg dekat perempuan india n anak kecik perempuan tu duduk...

nampak tak kat situ?...
betapa hormatnya mereka...
tanpa mengira agama dan bangsa,
sifat bertimbang rasa still hidup di bumi Malaysia ni....
yg Cina bantu Melayu, yang Melayu bantu India...

klu ditakdirkan pakcik cina n dua mamat melayu tu baca post ni,
aku nak mereka tau yang aku tabik arr kat anda bertiga...

bukan senang nak jumpa org mcm ni...
selama aku dok kat Merbok ni,
setiap kali aku nak balik Jitra naik bas,
inilah kali pertama aku jumpa org mcm mereka bertiga...