Monday, 20 February 2017

[RESEPI] Dorayaki

okeyh... kali ni nak share resepi dorayaki pulok... simple and mudah sesangat... b4 this, addinfarhani dah pernah buat but xlah simple mcm nie... jumpa resepi nie kat FB... but mcm biasa, asyik sgt salin resepi smpi terlupa plak nak tgk empunya badan yg share resepi tu...

Dorayaki

bahan A:
3 biji telur
1/2 cawan gula
esen vanila (addinfarhani xletak pun hat nie)

bahan B:
1 sudu besar madu
2 sudu besar susu pekat
(addinfarhani letak 1 1/4 sudu  susu pekat jer)
2 sudu besar minyak

bahan c:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3/4 cawan air

cara-cara

1 - putar bahan A hingga gebu.

2 - lepas tu, masukkan bahan B satu persatu ke dalam bekas yg berisi bahan A. Kacau sebati.

3 - then, masukkan adunan tadi tu ke dalam bahan C. kacau sebati, xnak ketul2..

4 - orait.. dah boleh prepare utk goreng dah. Goreng tanpa minyak yer...

5 - cara nak goreng;
tuangkan sesenduk adunan tu ke dalam pan. adjust dia bagi jadi bulat. bile nampak rongga-rongga udara kat bhgn tepi permukaan, dah boleh terbalikkan dah dorayaki tu... lepas tu dah bole angkat...

6 - then bolehla kalau nak sapu jem strawberry/buah campuran ke, peanut butter ke, or nak tuang madu atas ker, ikutah... tapi addinfarhani makan kosong pun dah sodapp...
(^^,)

~end~